Banjir kilat: Dua PPS dibuka di Pontian, Kluang

Anggota APM Johor, membawa keluar seorang mangsa banjir di Kampung Sri Gambut, Pontian pada Ahad. Foto APM Johor
Anggota APM Johor, membawa keluar seorang mangsa banjir di Kampung Sri Gambut, Pontian pada Ahad. Foto APM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU – Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Pontian dan Kluang bagi menempatkan 34 mangsa daripada 10 keluarga susulan banjir kilat yang berlaku pada pagi Ahad.

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalm satu kenyataan memaklumkan, setakat 1.30 petang Ahad, seramai 28 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS SK Melayu Raya, Pontian manakala seramai enam mangsa daripada dua keluarga ditemptakan di PPS, SK Kampung Tengah Renggam, Kluang.

“Beberapa daerah telah dilanda banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi.

“Kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Seri Gambut bagi daerah Pontian dan Kampung Tengah Renggam bagi daerah Kluang,” menurut kenyataan berkenaan.

PPS di SK Melayu Raya, Pontian. Foto APM Johor
PPS di SK Melayu Raya, Pontian. Foto APM Johor

Menurut kenyataan itu, hujan lebat melebihi dua jam pada 10 pagi Ahad, telah menyebabkan beberapa rumah dinaiki air.

"Susulan itu, proses pemindahan segera dilakukan bagi menempatkan kesemua mangsa di PPS berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: