Ular sawa dalam mesin basuh kedai dobi

Seekor ular sawa ditemukan seorang pelanggan di dalam sebuah mesin basuh di kedai dobi layan diri pada Sabtu. - Foto Bomba
Seekor ular sawa ditemukan seorang pelanggan di dalam sebuah mesin basuh di kedai dobi layan diri pada Sabtu. - Foto Bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seekor ular sawa seberat 20 kilogram (kg) dijumpai di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Impian Emas di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Mohd Jamal berkata, maklumat mengenai kehadiran reptilia itu diterima pada jam 9.41 pagi daripada seorang pelanggan di kedai tersebut.

Anggota bomba menangkap ular menggunakan penjerut.- Foto Bomba
Anggota bomba menangkap ular menggunakan penjerut.- Foto Bomba

"Anggota yang tiba di lokasi bertindak menangkap ular sawa berukuran kira-kira 1.8 meter dan seberat 20kg berada di dalam salah sebuah mesin basuh di kedai dobi berkenaan.

"Ular tersebut ditangkap menggunakan penjerut sebelum dilepaskan di kawasan jauh dari penempatan orang awam," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: