Tanzania sedia mesin layan diri tuala wanita di sekolah awam

Pihak berkuasa kesihatan Tanzania merancang menempatkan mesin layan diri tuala wanita di semua sekolah awam bagi membolehkan pelajar perempuan menumpukan perhatian kepada pendidikan tanpa gangguan. - Foto Xinhua
Pihak berkuasa kesihatan Tanzania merancang menempatkan mesin layan diri tuala wanita di semua sekolah awam bagi membolehkan pelajar perempuan menumpukan perhatian kepada pendidikan tanpa gangguan. - Foto Xinhua
A
A
A

DAR ES SALAAM - Pihak berkuasa kesihatan Tanzania merancang menempatkan mesin layan diri tuala wanita di semua sekolah awam bagi membolehkan pelajar perempuan menumpukan perhatian kepada pendidikan tanpa gangguan, lapor Xinhua.

Menteri Kesihatan, Ummy Mwalimu berkata, pelajar perempuan di sekolah awam kerugian antara 30 dan 40 hari belajar setiap tahun kerana kekurangan akses kepada tuala wanita.

"Mesin layan diri akan membolehkan pelajar perempuan mengakses tuala wanita pada bila-bila masa dengan harga 200 syiling Tanzania," kata Mwalimu ketika melancarkan mesin jualan tuala wanita di sekolah menengah Bunge di ibu kota Dodoma menjelang Hari Kebersihan Haid yang disambut pada 28 Mei setiap tahun.

Mwalimu memuji Lulu Ameir, pengasas dan ketua pegawai eksekutif Bela Vendor, kerana menginovasi mesin layan diri tuala wanita yang memberi kelegaan yang besar kepada pelajar wanita di sekolah.

Lulu berkata, tinjauan menunjukkan kekurangan akses kepada tuala wanita di sekolah menyumbang kepada prestasi teruk mereka dalam pelajaran.

Hari Kebersihan Haid, acara tahunan di peringkat global yang dimulakan oleh NGO WASH United, berpangkalan di Jerman pada 2013 dan disambut buat kali pertama pada 2014.

Tema sambutan tahun ini ialah "Menjadikan haid sebagai fakta kehidupan normal menjelang 2030". - Bernama