Tiga ditahan, polis temui dadah bernilai hampir RM10,000

Dadah-dadah yang dirampas oleh polis di sebuah rumah bersama tiga lelaki dalam serbuan di Pasir Puteh. Foto Ihsan PDRM
Dadah-dadah yang dirampas oleh polis di sebuah rumah bersama tiga lelaki dalam serbuan di Pasir Puteh. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

PASIR PUTEH - Tiga lelaki ditahan selepas penemuan 800 pil kuda dan 17.61 gram (g) serbuk putih dipercayai dadah bernilai hampir RM10,000 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Saring di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, serbuan jam 11.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Pasir Puteh berjaya menahan tiga suspek berusia antara 43 hingga 51 tahun.

“Semasa serbuan, tiga suspek lelaki tersebut duduk berkumpul di ruang tamu rumah.

“Pemeriksaan lanjut menjumpai satu beg uncang berwarna biru berisi 800 pil kuda dan empat botol plastik cerah berisi serbuk keputihan dipercayai dadah dianggarkan seberat 17.61g di atas lantai ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Ahad.

Zaizul Rizal berkata, dadah-dadah tersebut dianggarkan bernilai RM9,600 dan hasil ujian saringan awal urin mendapati kesemua suspek positif methamphetamine,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: