'Segera dapat rawatan jika batuk, kahak berdarah'

Info grafik yang turut dikongsi Dr Siti Mariah di laman Facebooknya. Gambar kecil: Dr Siti Mariah Mahmud
Info grafik yang turut dikongsi Dr Siti Mariah di laman Facebooknya. Gambar kecil: Dr Siti Mariah Mahmud
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang mengalami batuk yang berpanjangan iaitu lebih dari tiga minggu dan diiringi kahak berdarah serta susut berat badan disaran mendapatkan rawatan segera.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ini kerana individu terbabit berkemungkinan menghidap penyakit tuberkulosis (tibi).

“Kerajaan Selangor telah menyediakan inisiatif kesihatan khas buat rakyat Selangor iaitu bantuan kewangan berjumlah RM800 bagi pesakit yang menjalani rawatan tuberkulosis.

“Tibi sebenarnya boleh dijauhkan dan boleh dirawat. Pesakit yang berdisiplin dalam mengikuti nasihat dan rawatan doktor, tidak mustahil untuk komuniti maju ke arah era tanpa tibi,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari pautan www.selangorprihatin.com/insentifrawatantibi atau hubungi pusat panggilan 24 jam ditalian 1800-22-6600

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM1 juta bagi meneruskan program Insentif Rawatan Tibi tahun ini dengan menyasarkan kira-kira 2,000 pesakit bakal menerima rawatan.

Insentif itu bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung selain memastikan pesakit terbabit dapat melengkapkan semua sesi rawatan di hospital.

Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan insentif itu di hospital dan klinik kerajaan atau pusat khidmat masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Bayaran insentif dibuat menerusi tiga transaksi iaitu RM200 bagi dua bulan pertama, RM200 (dua bulan seterusnya) dan RM400 sehingga selesai rawatan.