Bidoglio tekad terus bekerja keras

Sebahagian pemain JDT meraikan kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC, pada Sabtu. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Sebahagian pemain JDT meraikan kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC, pada Sabtu. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

KEJAYAAN menjulang dua piala dalam tempoh tidak sampai sebulan, membuatkan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio bertekad untuk terus bekerja keras bagi membantu skuad Harimau Selatan itu melakar lebih banyak kejayaan selepas ini.

Justeru, menurut pengendali berusia 54 tahun itu, dia mahu kesemua pemain kekal fokus selain bekerja keras dalam usaha meneruskan momentum kemenangan pada baki empat perlawanan Liga Super selepas ini.

Semestinya ia satu perasaan yang ‘indah’ apabila memenangi dua piala dalam tempoh tidak sampai sebulan...tetapi apa yang paling penting adalah pemain dapat lebih fokus untuk mengharungi baki perlawanan.

“Mereka (pemain), juga perlu terus bekerja keras dan dalam masa terus meningkatkan mutu permainan masing-masing untuk menjadi lebih baik,” katanya pada Sabtu.