PRU15: Pas akan bincang semula bubar DUN di tiga negeri

Idris menandatangani plak sebagai simbolik penutup Majlis Ijtimak Pondok Se-Malaysia dan Maulid Perdana 1444H/2022M pada Ahad.
Idris menandatangani plak sebagai simbolik penutup Majlis Ijtimak Pondok Se-Malaysia dan Maulid Perdana 1444H/2022M pada Ahad.
A
A
A

BACHOK - Pas akan mengadakan semula perbincangan sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri diterajui di Kedah, Kelantan dan Terengganu lebih awal atau tidak.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam waktu terdekat susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersetuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Katanya, Pas sebelum ini berpendirian tidak akan membubarkan DUN di ketiga-tiga negeri yang diperintah oleh parti itu sehingga tamat penggal pada Mac 2023.

“Setakat yang sebelumnya, pendirian kita tak bubarkan sehingga Mac tapi mungkin ada perubahan-perubahan dan sebagainya, itu keputusan parti yang akan putuskan.

“Kita akan bincang yang terbaru dalam masa terdekat ini termasuklah sama ada serentak dengan Parlimen atau tidak,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ijtimak Pondok Se-Malaysia dan Maulid Perdana 1444H/2022M di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Kandis di sini pada Sabtu.

Pada Sabtu, akhbar melaporkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu Ismail bersetuju PRU15 diadakan pada tahun ini berdasarkan pertemuan ‘Top 5’ UMNO pada Jumaat.

‘Top 5’ atau lima pemimpin UMNO yang menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu terdiri daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Ismail, Mohamed Khaled dan Mahdzir.

Sementara itu, pada Majlis Ijtimak Pondok Se-Malaysia tersebut turut menyatakan 10 resolusi antaranya mahukan kesemua calon untuk pilihan raya akan datang dipastikan terdiri daripada individu yang tidak berpegang, mengamalkan atau menyebarkan fahaman dan ajaran wahabi serta memastikan berpegang kepada Mazhab Akidah Asha’irah dan Maturidiah.

Artikel Berkaitan:

Wakil Pondok Se-Malaysia, Syeikh Wazir Che Awang (kanan) menyerahkan Resolusi Ijtimak Pondok Se-Malaysia 1444H kepada Idris (kiri).
Wakil Pondok Se-Malaysia, Syeikh Wazir Che Awang (kanan) menyerahkan Resolusi Ijtimak Pondok Se-Malaysia 1444H kepada Idris (kiri).

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, akan memperhalusi segala pandangan dan cadangan kepada pimpinan parti.

“Pandangan dan cadangan itu, kami akan bawa kepada parti.

“Terserah kepada pimpinan untuk putuskan nanti,” katanya.

Beliau turut berpandangan pondok bukan tempat extrem dan dakwaan pondok melahirkan pelampau adalah tidak betul.

Ends