Kerajaan baharu perlu mesra peniaga kecil

Peniaga dan penjaja kecil mahu kerajaan baharu selepas PRU akan datang melaksanakan dasar mesra kepada mereka. Gambar kecil: Tan Meng Lee
Peniaga dan penjaja kecil mahu kerajaan baharu selepas PRU akan datang melaksanakan dasar mesra kepada mereka. Gambar kecil: Tan Meng Lee
A
A
A

SHAH ALAM - Ketidakstabilan politik di dalam negara perlu dipulihkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan kerajaan bakal dibentuk nanti diharapkan dapat membantu rakyat termasuk peniaga keluar daripada kemelut pandemik Covid-19, kata Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Malaysia, Tan Meng Lee.

Beliau berkata, peniaga dan penjaja kecil mahu kerajaan baharu diwujudkan selepas PRU akan datang untuk melaksanakan dasar mesra kepada mereka termasuk dengan menjalankan langkah yang adil tanpa mengira kaum.

“Antara polisi yang baik untuk membantu perniagaan adalah melalui pemberian insentif, kemudahan gadai janji atau subsidi,” katanya kepada Sin Chew.

Meng Lee berkata, langkah kerajaan untuk meningkatkan kadar cukai atau penguatkuasaan yang ketat boleh menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah dan menengah.

Pada masa sama, beliau berkata, selain daripada kesan wabak Covid-19, peniaga di dalam negara turut terkesan dengan ketidakstabilan politik.

Artikel Berkaitan: