UMNO gerak jentera untuk PRU15

Ada kemungkinan pimpinan UMNO peringkat bahagian yang dipanggil
pada perjumpaan khas Selasa ini bagi membincangkan persediaan PRU15.
Ada kemungkinan pimpinan UMNO peringkat bahagian yang dipanggil pada perjumpaan khas Selasa ini bagi membincangkan persediaan PRU15.
A
A
A

UMNO dijangka menggerakkan jentera parti bagi membuat persediaan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Ia susulan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat yang mencadangkan supaya Parlimen perlu dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sidang media selepas mesyuarat berkenaan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ujar Ahmad, keputusan mesyuarat tersebut adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Kesinambungan selepas Mesyuarat MKT UMNO, tular surat jemputan berhubung perjumpaan khas pemimpin UMNO peringkat bahagian bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan berlangsung pada Selasa depan.

Berdasarkan surat tersebut, perjumpaan itu melibatkan semua Ketua UMNO bahagian dan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian.

Dalam surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, majlis pertemuan itu diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.

Ada kemungkinan bahawa pimpinan UMNO peringkat bahagian itu dipanggil bagi membuat persediaan rapi menjelang PRU15 yang bakal diadakan pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Sudah tentu hal tersebut membuat parti-parti lain berasa tidak puas hati dan kurang bersetuju, ditambah pula apabila memikirkan situasi negara yang bakal berdepan dengan musim banjir tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, segala keputusan melibatkan pembubaran Parlimen itu terletak pada kuasa Yang di-Pertua Agong.

Justeru, dijangka lebih ramai lagi pimpinan parti lain selain UMNO yang akan melontarkan pendirian masing-masing berhubung keputusan mengadakan PRU15 pada tahun ini.