Malaysia naib juara Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022

Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022. - Foto FAM
Malaysia muncul naib juara Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022. - Foto FAM
A
A
A

MALAYSIA muncul naib juara Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2022 selepas tewas 1-3 kepada pasukan pilihan Thailand di Pantai Pattaya, Chonburi pada Sabtu.

Pada perlawanan itu skuad kendalian Wan Adremy Indera Wan Adnan terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan dua jaringan awal tuan rumah.

Komkrit Nanan meletakkan pasukannya mendahului minit keenam sebelum Tanandon Praracha melebarkan kedudukan pada minit kesembilan.

Skuad negara cuba bangkit memberi tentangan, namun gawang negara bolos sekali lagi apabila Wuttinan Pruetong meledak jaringan ketiga Thailand pada minit ke-19

Anak buah Wan Adremy Indera yang berusaha untuk kembali semula dalam perlawanan akhirnya berjaya merobek gawang lawan apabila Norazman A Bakar meledak jaringan minit ke-33.

Kejuaraan liga sepusingan itu menyaksikan Thailand muncul juara selepas mengumpul enam mata, diikuti kedua Malaysia dengan tiga mata, Indonesia ketiga tanpa sebarang mata.

Pada perlawanan pertama sebelum ini Indonesia tewas 3-5 kepada Thailand sebelum tewas 2-9 kepada Malaysia.

Artikel Berkaitan: