UTM struktur dua entiti akademik utama

Penstrukturan dua entiti akademik utama UTM bakal melestarikan lagi bidang tujahan universiti. - Foto UTM News Hub
Penstrukturan dua entiti akademik utama UTM bakal melestarikan lagi bidang tujahan universiti. - Foto UTM News Hub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melaksanakan penstrukturan semula dua entiti akdemik utamanya melibatkan Fakulti Kejuruteraan dan Azman Hashim International Business Scholl bagi tujuan kelestarian bidang tujahan universiti.

Menurut kenyataan rasmi UTM, penstrukturan kedua-dua entiti akademik berkenaan yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2022 telah mendapat kelulusan daripada Senat Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti.

“Kelestarian bidang ini adalah untuk memastikan keutuhan kepakaran universiti mampu membangun bakat universiti yang holistik dan mampu Mensejahtera Kehidupan Menerusi Ilmu dan Inovasi Teknologi.

“Pada masa yang sama penstrukturan ini menyokong Pelan Strategik enVision UTM 2025,” kata kenyataan itu pada Sabtu.

Untuk rekod, Penstrukturan Semula Fakulti Kejuruteraan melibatkan entiti lama Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) distruktur semula kepada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM) – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE) – Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (SKT) - Fakulti Kejuruteraan Kimi dan Kejuruteraan Tenaga (FKT), Sekolah Komputeran (SK), Fakulti Komputeran (FK) dan Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan – distruktur semula sebagai sebuah jabatan di bawah FKE).

Selain itu, penstrukturan semula Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan Penubuhan Fakulti Pengurusan UTM menyaksikan Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS KL) di UTM Kuala Lumpur dikekalkan manakala Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hshim (AHIBS JB), UTM, Johor Bahru distruktur kepada Fakulti Pengurusan (FP).

Tambah kenyataan itu lagi, mulai 1 Oktober 2022, sembilan fakulti di UTM Johor Bahru akan dikenali sebagai Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT), Fakulti Komputeran (FC), Fakulti Sains (FS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Fakulti Pengurusan (FP) manakala tiga fakulti di UTM Kuala Lumpur melibatkan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dan Azman Hasim International Business School (AHIBS).

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan, penstrukturan semula entiti akademik baharu ini tidak akan menjejaskan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mahupun aktiviti penyelidikan pelajar.

Artikel Berkaitan:

“UTM juga optimistik dengan penstrukturan ini yang akan memposisikan Universiti sebagai institusi unggul dan tersohor berteraskan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan di peringkat global,” jelasnya.