Perompak bermotosikal terjatuh dalam lubang ketika larikan diri

Dua perompak yang menunggang motosikal jatuh ke dalam lubang di sebuah stesen minyak di Alambari baru-baru ini. - Foto Twitter
Dua perompak yang menunggang motosikal jatuh ke dalam lubang di sebuah stesen minyak di Alambari baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

SAO PAULO - Dua perompak yang menunggang sebuah motosikal terjatuh ke dalam lubang di sebuah stesen minyak selepas melakukan rompakan di Alambari, Brazil baru-baru ini.

Mereka terjatuh selepas seorang lelaki yang mengendalikan motosikal tersebut tidak nampak lubang di stesen minyak tersebut.

Lubang itu sebenarnya digunakan untuk mekanik menukarkan minyak pelincir dan kerja-kerja membaiki kenderaan.

Bagaimanapun, dua perompak tersebut kemudian bangun selepas terjatuh dan menunggang motosikal yang sama untuk melarikan diri.

Detik-detik itu dirakamkan menerusi kamera pengawasan yang terdapat di stesen minyak tersebut.

Sebelum terjatuh ke dalam lubang, kedua-dua lelaki berkenaan baru merompak sebuah kedai di stesen minyak tersebut dengan salah seorang daripadanya bersenjatakan pistol.

Bagaimanapun, malang tidak berbau kerana menurut polis tentera, mereka jatuh sekali lagi ke dalam sebuah parit ketika melarikan diri.

Mereka akhirnya dapat ditangkap lebih 14 kilometer jauhnya di bandar Ipatetininga. - Agensi

Artikel Berkaitan: