Dua lelaki dicekup simpan 715 kotak mercun, bunga api

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

IPOH - Dua lelaki diberkas polis selepas didapati menyimpan mercun dan bunga api tanpa permit dalam sebuah rumah kedai di Tanjung Rambutan di sini pada Khamis.

Serbuan sekitar jam 5.30 petang itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sebanyak 715 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM400,000 dirampas.

"Siasatan mendapati kesemua mercun dan bunga api itu disimpan tanpa permit di rumah kedai berkenaan. Polis turut menyita sebuah lori.

"Suspek berusia 29 dan 30 tahun direman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Artikel Berkaitan: