Harga minyak jatuh, pedagang tunggu mesyuarat OPEC+

Harga minyak turun pada Khamis ekoran peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat penting negara-negara utama pengeluar minyak. Foto 123RF
Harga minyak turun pada Khamis ekoran peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat penting negara-negara utama pengeluar minyak. Foto 123RF
A
A
A

NEW YORK - Harga minyak turun pada Khamis ekoran peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat penting negara-negara utama pengeluar minyak, lapor Xinhua.

West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran November merosot 92 cent, atau 1.1 peratus, untuk ditutup pada AS$81.23 setong di New York Mercantile Exchange. Minyak mentah Brent bagi penghantaran November susut 83 cent, atau 0.9 peratus, untuk ditutup pada AS$88.49 setong di London ICE Futures Exchange.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya yang dikenali sebagai OPEC+, akan bertemu minggu depan untuk membincangkan strategi pengeluaran masa depan.

Pada Rabu, WTI dan Brent masing-masing naik 4.65 peratus dan 3.54 peratus, disokong oleh penyusutan nilai dolar AS serta penurunan dalam inventori negara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: