100 pegawai agensi keselamatan Kedah sokong Rasuah Busters

Nurhayati (kiri) dan Mohd Zawawi (tiga kiri) melihat Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Tajul Ariffin Muhammad menandatangani papan kanvas sebagai simbolik menyokong usaha menggemakan gelombang melawan rasuah di negara ini.
Nurhayati (kiri) dan Mohd Zawawi (tiga kiri) melihat Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Tajul Ariffin Muhammad menandatangani papan kanvas sebagai simbolik menyokong usaha menggemakan gelombang melawan rasuah di negara ini.
A
A
A

GURUN - Hampir 100 pegawai dari jabatan dan agensi keselamatan di Kedah berkumpul untuk mendengar perkongsian sekali gus menyokong usaha digerakkan Rasuah Busters dalam memerangi isu rasuah di negara ini.

Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Mohd Zawawi Zakaria berkata, anggota keselamatan itu antaranya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, perkara tersebut selaras Teras keempat Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 iaitu tadbir urus baik, meliputi pengurusan sumber-sumber negara dengan cekap dan berkesan, dan juga pembentukan karakter berintegriti tinggi, amanah dan bertanggungjawab.

"Kami kini dalam proses untuk mempromosikan DKN 2021-2025, jadi kami mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Rasuah Busters bersama dengan rakan strategik dari agensi keselamatan di seluruh negeri Kedah

"Sempena taklimat berkenaan Arahan Gerakan MKN berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ini, kami mengambil peluang ini untuk bersama Rasuah Busters untuk menyampaikan dan menyebarluaskan tentang dasar keselamatan negara berhubung rasuah," katanya semasa ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Arahan Gerakan MKN Bilangan 1 Tahun 2022 di Jerai Hill Resort, dekat sini.

Hampir 100 pegawai agensi keselamatan di Kedah yang menyertai Taklimat Arahan Gerakan MKN Bilangan 1 Tahun 2022 di Jerai Hill Resort, Gurun menyatakan sokongan kepada kempen Rasuah Busters pada Khamis.
Hampir 100 pegawai agensi keselamatan di Kedah yang menyertai Taklimat Arahan Gerakan MKN Bilangan 1 Tahun 2022 di Jerai Hill Resort, Gurun menyatakan sokongan kepada kempen Rasuah Busters pada Khamis.

Mohd Zawawi menyifatkan Rasuah Busters sebagai pertubuhan yang bergerak aktif dalam memerangi isu korupsi dan MKN Kedah bersedia untuk terus bekerjasama dalam memerangi najis rasuah ini.

Artikel Berkaitan:

"Bagi perancangan masa depan Insya-Allah kita akan laksanakan lagi program-program seperti ini mengikut kesesuaian masa. MKN Kedah akan terus melibatkan lagi pihak-pihak yang berkepentingan," ujar Mohd Zawawi.

Pada slot pertama semua peserta mendengar taklimat daripada Pengarah Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Tajul Ariffin Muhammad berhubung perkembangan semasa keselamatan negara.

Pada slot bersama Rasuah Busters pula, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sinar Untuk Malaysia, Nurhayati Nordin telah menyampai perkongsian yang bertajuk ‘Apabila Rasuah Menang, Negara Malang’.

MKN Kedah juga menyambut baik saranan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah yang bertitah baru-baru ini bahawa rasuah di negara ini berada pada skala yang membimbangkan dan semua pihak di pelbagai peringkat perlu membanteras gejala ini secara bersungguh.

Program diakhiri dengan semua peserta taklimat menandatangani papan kanvas sebagai simbolik menyokong usaha menggemakan gelombang melawan rasuah di negara ini.