Video tular: Lelaki buang sampah ke sungai sudah dikesan

Tangkap layar video tular seorang lelaki membuang sampah di Sungai Wak Rabun Pontian
Tangkap layar video tular seorang lelaki membuang sampah di Sungai Wak Rabun Pontian
A
A
A

PONTIAN - Pelaku di dalam video tular yang membuang sampah ke dalam sungai di daerah ini sudah dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, menerusi video tular terbabit, dipaparkan seorang lelaki sedang membuang beberapa objek dipercayai sampah ke dalam sebatang sungai dengan menaiki sebuah lori.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku di jambatan Sungai Wak Rabun Batu 33, Pontian.

"Sekitar jam 7.00 petang pada Khamis, polis berjaya mengesan seorang lelaki warga tempatan berumur 52 tahun bersama dengan sebuah lori dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Pontian.

Pelaku di dalam video tula buang sampah di dalam sungai dan lori yang digunakan telah dikesan polis.
Pelaku di dalam video tula buang sampah di dalam sungai dan lori yang digunakan telah dikesan polis.

"Ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut Mohammad Shofee, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Pontian telah mengambil tindakan kompaun di bawah Rule 52 LN 166/59 ke atas lelaki terbabit kerana didapati memandu tanpa lesen GDL.

"Manakala lori yang digunakan itu akan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Seterusnya, polis menyerahkan lelaki tersebut kepada SW Corp Daerah Pontian untuk siasatan lanjut," katanya.