Suu Kyi, ahli ekonomi Australia dihukum penjara tiga tahun

Turnell (kanan) merupakan penasihat kepada Suu Kyi sebelum pemerintahan awam digulingkan pada tahun lalu. - Foto Agensi
Turnell (kanan) merupakan penasihat kepada Suu Kyi sebelum pemerintahan awam digulingkan pada tahun lalu. - Foto Agensi
A
A
A

YANGON - Sebuah mahkamah junta Myanmar pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas bekas Penasihat Negara digulingkan, Aung San Suu Kyi dan ahli ekonomi warga Australia, Sean Turnell di bawah Akta Rahsia Negara.

"Tiga individu lain turut berdepan hukuman sama," ujar sumber mahkamah.

Menurutnya, Turnell, 76, turut menghadapi pertuduhan di bawah akta imigresen dan kes tersebut sedang berjalan.

Pada bulan lalu, penasihat kepada Suu Kyi itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar Akta Rahsia Rasmi era kolonial ketika perbicaraan yang diadakan secara tertutup di Naypyidaw.

Sehingga kini, pemimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) itu telah dikenakan hukuman penjara 23 tahun di bawah kes berasingan dan sebahagian besar daripadanya melibatkan dakwaan rasuah, namun Suu Kyi menafikan kesemua tuduhan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: