Maut terjatuh, parang terkena rusuk kanan

Lokasi kejadian mangsa dihempap dahan pokok nangka dalam kejadian di Kampung Paya Rumput Melaka pada Khamis.
Lokasi kejadian mangsa dihempap dahan pokok nangka dalam kejadian di Kampung Paya Rumput Melaka pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas berusia 64 tahun maut dihempap dahan pokok nangka sebelum rusuk kanannya terkena parang yang digunakan dalam kejadian di Kampung Paya Rumput di sini, pada petang Khamis.

Kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa, Yap Ah Keo mahu menebang dahan pokok nangka di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dipercayai memanjat pokok nangka itu menggunakan tangga sebelum dihempap dahan dan terjatuh lalu mengenai senjata tersebut.

Menurutnya, susulan kejadian itu pihaknya menerima laporan pada jam 11.15 petang selepas dihubungi anak lelaki mangsa.

Katanya, pihak polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati lelaki warga emas itu terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.

"Difahamkan mangsa sempat mencuci luka di rusuk kanan namun rebah dan meninggal dunia selepas berjalan lima langkah untuk masuk ke dalam rumah," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun pihaknya telah mengeluarkan Pol 61 bagi mengetahui sebab-sebab kematian.

Artikel Berkaitan: