Taufan Noru sebabkan banjir di Laos

Kakitangan sekolah mendapatkan semula barang-barang di kafetaria berikutan banjir yang disebabkan oleh taufan Noru di bandar San Miguel di wilayah Bulacan, utara Manila, Filipina. - Foto EPA
Kakitangan sekolah mendapatkan semula barang-barang di kafetaria berikutan banjir yang disebabkan oleh taufan Noru di bandar San Miguel di wilayah Bulacan, utara Manila, Filipina. - Foto EPA
A
A
A

VIENTIANE - Taufan Noru kini membadai wilayah Attapeu di selatan Laos dan menyebabkan beberapa kawasan di wilayah itu dilanda banjir.

Biro cuaca Laos pada Rabu mengeluarkan amaran hujan lebat dan banjir dijangka melanda di beberapa kawasan lain, lapor Xinhua.

Banjir telah menyebabkan sebilangan besar penduduk terjejas dan menenggelamkan kira-kira 300 rumah di daerah Sanxay di wilayah Attapeu.

Noru membadai Laos pada Rabu dan pihak berkuasa tempatan bertungkus lumus menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditempatkan di pusat perlindungan.

Banjir turut memusnahkan kolam ikan dan merosakkan sistem pengairan, sekolah, talian elektrik, kemudahan penjagaan kesihatan, jalan raya serta infrastruktur lain.

Kementerian Pertahanan telah mengarahkan kira-kira 40,000 tentera untuk membantu operasi menyelamat. - Bernama

Artikel Berkaitan: