[VIDEO] Sinar Karangkraf, Syria Care tandatangani MoU bantu pelarian Syria

Siti Sakinah (dua dari kiri) dan Nik Justin bertukar dokumen perjanjian pada Majlis Menandatangani MoU disaksikan Muhammad Nasir (dua dari kanan) dan Nurdieana yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Karangkraf Sdn Bhd menzahirkan solidariti kemanusiaan terhadap pelarian Syria dengan menjadi mini hab pengumpulan sumbangan pakaian musim sejuk.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen menerusi kerjasama yang dibuat bersama Syria Care yang sedang menjayakan misi Bantuan Musim Sejuk 10.0 (BMS10.0) buat pelarian yang terkesan.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, kerjasama antara kedua-dua organisasi itu sekali gus dapat mengukuhkan kerjasama strategik dalam menyebar luas usaha kemanusiaan yang dilaksanakan.

“Saya melihat kerjasama strategik ini sebagai salah satu medium untuk menzahirkan solidariti kemanusiaan dengan mengambil tanggungjawab bersama dalam membantu pelarian di Syria yang bakal berdepan dengan musim sejuk tidak lama lagi.

Datuk Muhammad Nasir Hamzah
Datuk Muhammad Nasir Hamzah

“Kita telah bersetuju untuk menjadikan premis Sinar Karangkraf sebagai mini hab pengumpulan.

pakaian musim sejuk dan akan menghantarnya ke lokasi utama hab pengumpulan pakaian selewat-lewatnya pada 8 Oktober depan.

“Selain menjadi mini hab, kita juga memberikan komitmen kebersamaan melalui promosi di saluran media digital seperti Sinar Online, Sinar Plus dan akhbar Sinar Harian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan Syria Care di Kompleks Karangkraf di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin dan Ketua Pegawai Strategik Syria Care, Nurdieana Mohd Mardzi.

Muhammad Nasir menandatangani MoU mewakili Sinar Karangkraf manakala Syria Care diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Sakinah. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Muhammad Nasir menandatangani MoU mewakili Sinar Karangkraf manakala Syria Care diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Sakinah. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

MoU itu ditandatangani oleh Muhammad Nasir manakala Syria Care diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Sakinah Meor Omar Baki.

Projek kerjasama itu adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi melaksanakan usaha-usaha kemanusiaan sebagai persiapan bagi musim sejuk di Syria.

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, Sinar Karangkraf sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai keikhlasan dan kejujuran dalam melaksanakan tugas kebajikan sebagaimana yang dilakukan Syria Care.

Muhammad Nasir (lima dari kanan) dan Siti Sakinah (enam dari kanan) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan Syria Care yang berlangsung di Kompleks Karangkraf, Shah Alam pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kita sendiri ada My #QuranTime, World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan Rasuah Busters yang mana kita turut bekerjasama dengan banyak NGO dalam menyebar luaskan apa sahaja kegiatan baik kepada masyarakat,” jelasnya.