Amaran angin kencang

A
A
A
GEORGE TOWN, 28 Sept -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, dijangka melanda perairan negara, khususnya Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Cuaca buruk itu turut dijangka melanda kawasan perairan Phuket, Thailand dan Selat Melaka Utara dalam tempoh bermula Rabu hingga 1 Oktober ini.

MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook memaklumkan angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer/sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan berkenaan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Kelihatan seorang lelaki cuba mengawal jet ski dari dipukul ombak semasa laut bergelora di pesisiran pantai Batu Ferringhi.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon