Satelit Itali dapat imej ujian pelanggaran astroid

Kapal angkasa DART berjaya melanggar asteroid. - Foto ABC News
Kapal angkasa DART berjaya melanggar asteroid. - Foto ABC News
A
A
A

ROME - Imej pertama pelanggaran terkawal ke atas asteroid dalam Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) untuk melihat kaedah pertahanan planet terhadap objek berhampiran Bumi (NEO) berjaya dirakam dan dihantar kembali ke Bumi oleh satelit mini Itali LiciaCube, pada Selasa.

Imej kesan hentaman DART dengan asteroid Dimorphos sedang diproses dan akan dapat dilihat lewat Selasa, kata Ketua Misi Liciacube Simone Pirrotta kepada Agensi Berita Itali (ANSA).

"Kami telah memuat turun empat imej, yang semuanya sangat menarik", kata Pirrotta, dari Agensi Angkasa Itali (ASI).

"Semangat kami menjulang setinggi langit.”

Diurus dan diselaraskan oleh ASI dan dibina oleh firma Argotec, LiciaCube merupakan misi pertama sepenuhnya Itali yang aktif di angkasa lepas, yang jaraknya 13 juta batu dari Bumi, tambah ANSA.

Misi DART dilancarkan dari Bumi pada November 2021, ujian itu memberi kesan kepada bulan planet minor Dimorphos daripada asteroid berkembar Didymos 10 bulan kemudian. Ia bertujuan melihat sama ada kapal angkasa dapat memesongkan asteroid daripada laluannya dan menghalang pelanggaran dengan Bumi.

Asteroid yang dipilih untuk ujian tidak menimbulkan ancaman sebenar kepada Bumi.

Kapal angkasa DART dilancarkan pada 24 November 2021, dan berjaya ‘menghentam’ Dimorphos pada 26 September. - Bernama

Artikel Berkaitan: