Sevenscapes anjur pelbagai aktiviti menarik

Sevenscapes telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di aras tujuh kompleks beli-belah MyTown Kuala Lumpur (MyTown), Kuala Lumpur bermula 23 hingga 25 September lepas.
Sevenscapes telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di aras tujuh kompleks beli-belah MyTown Kuala Lumpur (MyTown), Kuala Lumpur bermula 23 hingga 25 September lepas.
A
A
A

SHAH ALAM – Sevenscapes telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di aras tujuh kompleks beli-belah MyTown Kuala Lumpur (MyTown), Kuala Lumpur bermula 23 hingga 25 September lepas.

MyTown dalam satu kenyataan berkata, antara aktiviti yang diadakan ialah seni, sukan, aktiviti kanak-kanak, muzik dan makanan.

“Sevenscapes juga menyediakan pelbagai pilihan kepada penunjung antaranya perabot rumah IKEA, barangan sukan dari Decathlon dan platform beli-belah dalam talian China, Taobao oleh Haodah sepanjang tiga hari itu.

“Pengunjung juga boleh menebus baucar tunai RM10 percuma untuk dibelanjakan di Sevenscapes dan eksklusif kepada pengguna Mytownkl App nikmati faedah tambahan dengan menebus wang tunai RM20,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, turut diadakan ialah persembahan pentas oleh artis daripada Mentor 7 dan Akademi Fantasia, pengalaman papan luncur, hidangan 30 jenis makanan dan cabutan bertuah.

Artikel Berkaitan: