KPM tunggu laporan lanjut dakwaan kes culik

Mah Hang Soon
Mah Hang Soon
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menunggu laporan terperinci berhubung dakwaan kes culik yang dilaporkan berlaku di Kelantan dan Perak sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, setakat ini, pihaknya masih menunggu laporan lanjut mengenai kes berkenaan yang tular di media sosial.

Beliau menegaskan, sebarang komen berhubung perkara itu tidak akan dikeluarkan sebelum laporan lanjut diterima.

"Kita tunggu laporan terperinci sebelum komen lebih lanjut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal.

Mah Hang Soon (dua kiri) ketika hadir melancarkan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia peringkat kebangsaan di Sungai Petani Kedah pada Selasa.
Mah Hang Soon (dua kiri) ketika hadir melancarkan Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia peringkat kebangsaan di Sungai Petani Kedah pada Selasa.

Sebelum ini, polis Perak menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung dakwaan culik di hadapan sebuah sekolah, 23 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menerima laporan mengenai cubaan melarikan murid di sekolah itu daripada ibu mangsa kira-kira jam 9.07 malam hari sama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memohon kerjasama rakyat di negeri berkenaan supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Menurut Muhamad Zaki, dakwaan membawa lari atau menculik kanak kanak di pekarangan sekolah di laman sosial kebelakangan ini didapati tidak berasas.