[VIDEO] Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan

Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi.
Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi.
A
A
A

TENOM - Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual dan prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini.

Petugas media turut berada di pekarangan mahkamah seawal jam 8 bagi mengikuti prosiding berkenaan manakala sekumpulan individu dilihat turut mengiringi bagi memberi sokongan kepada beliau.

Sementara itu, anggota polis pula dilihat dipercayai bagi mengawal situasi semasa.

Anggota polis turut kelihatan di sekitar pekarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi mengawal situasi semasa.
Anggota polis turut kelihatan di sekitar pekarangan Mahkamah Majistret Tenom bagi mengawal situasi semasa.

Sebelum itu, Ebit pada 18 Februari lalu hadir di mahkamah sama bagi pendakwaan semua pertuduhan terhadapnya.

Dia didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.

Artikel Berkaitan:

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan berserta dua penjamin.

Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom di Tenom.