Rehan, tolong jangan 'syulitkan'rakyat Malaysia

Lagu dinyanyikan pengguna TikTok dari Indonesia, Intan Lembata Bunting kini viral.
Lagu dinyanyikan pengguna TikTok dari Indonesia, Intan Lembata Bunting kini viral.
A
A
A

SEJAK Jumaat lepas, Merak Jalanan asyik terfikir akan sebuah lagu yang viral di laman sosial TikTok berkenaan seseorang bernama Rehan.

Memang hebat kuasa viral itu kerana sehingga kini dalam kepala Merak Jalanan hanya ada bait-bait 'begitu syulit lupakan Rehan, apa lagi Rehan baik!' Kuat sungguh penangannya.

Lebih menyulitkan untuk dilupakan apabila Merak Jalanan buka sahaja status di aplikasi WhatsApp, berbondong-bondong kongsi mengenai lagu tersebut dan cara-cara untuk melupakannya.

Ada yang suruh kunyah gula-gula getah, tambah variasi lagu lain dalam fikiran atau sibukkan diri dengan aktiviti lain. Peliknya, tengah sidai kain pun boleh terfikir lagu itu!

Malah, di laman sosial pula, ramai para pempengaruh menggunakan lagu dan video wanita itu sebagai modal untuk menaikkan page view mereka. Senang cakap, benda percuma tunggu apa lagi!

Oleh itu, Merak Jalanan buat mini siasatan sendiri mencari si Rehan. Ternyata dedah si penyanyi itu, Rehan ialah seorang lelaki yang muncul dalam mimpinya sehingga sukar untuk dilupakan. Maka, muncullah lagu itu.

Berbalik kepada kuasa viral, Merak Jalanan tidak berasa pelik dengan senario itu kerana rakyat Malaysia memang cepat dan pantas dengan kuasa viral baik yang positif atau negatif. Ada sahaja idea mereka untuk menaikkan followers.

Bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, janganlah mengambil sisi negatif dengan setiap yang diviralkan itu. Hendak menyanyi itu tidak menjadi masalah, tetapi jangan sampai kita menjatuhkan maruah si penyanyi asal ataupun diri sendiri semata-mata untuk mengejar pengikut dan duit.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan faham, kita boleh 'buat duit' melalui platform tersebut tetapi simpanlah sedikit maruah dan air muka keluarga kita. Banyak lagi skop yang boleh dijadikan modal.

Oleh itu, sulit atau tidak terpulanglah kepada si Rehan sebab dia hanya dari alam mimpi...