Harimau Malaya tak pulang tangan kosong dari Chiang Mai

Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya yang diturunkan ketika berdepan Thailand pada saingan Piala Raja Thailand. Foto: FAM
Kesebelasan utama skuad Harimau Malaya yang diturunkan ketika berdepan Thailand pada saingan Piala Raja Thailand. Foto: FAM
A
A
A

KEPUTUSAN positif dilakar skuad Harimau Malaya di Piala Raja Thailand 2022 bakal menyaksikan perubahan kedudukan pasukan negara dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Status naib juara Piala Raja Thailand 2022 diraih anak buah Kim Pan-gon di Stadium The 700th Anniversary of Chiang Mai pada Ahad bakal menyaksikan pasukan negara memperoleh 4.73 mata.

Pada aksi pertama, Malaysia memperoleh 3.57 mata selepas menjinakkan Thailand hasil kemenangan 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Namun tuah yang tidak memihak buat Malaysia apabila tewas 0-3 kepada Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan sekali gus menyaksikan pasukan negara sekadar meraih 1.16 mata.

Untuk rekod, skuad negara dijangka meraih 1,062.32 mata selepas perlawanan menentang Thailand dan Tajikistan berbanding 1,057.59 mata selepas kemas kini pada Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: