Ulama tersohor dunia Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

YUSUF AL-QARADAWI
YUSUF AL-QARADAWI
A
A
A

DOHA - Ulama tersohor dunia, Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun pada Isnin.

Berita pemergian pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin itu diumumkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.

"Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani," ujar IUMS yang diasaskan oleh beliau menerusi Twitter, namun tidak menyatakan punca kematian beliau yang dilaporkan menderita sakit untuk tempoh agak lama.

Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir telah menetap di Qatar sejak 2013 dan turut diberikan hak kerakyatan negara berkenaan.

Beliau dikenali komuniti antarabangsa kerana mempunyai pandangan yang tegas tentang konflik Israel-Palestin malah ulama sunni berkenaan juga pernah menggunakan pendekatan lebih lembut terhadap kumpulan syiah ketika ketegangan tercetus antara Qatar dan Arab Saudi.

Pada masa itu, beliau menggesa persefahaman antara kedua-dua pengikut kumpulan sunni dan syiah walaupun berlainan mazhab.

Yusuf al-Qaradawi juga merupakan antara ulama yang menyokong revolusi Arab Spring di Kaherah pada 2011 yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak.

Hasil tulisannya berjudul The Lawful and Prohibited in Islam turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan menjadi titik rujukan utama kepada umat Islam di seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

Pada 2009, Malaysia pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau yang mengiktiraf sumbangan dan jasa besar individu sempena sambutan tahun baharu Islam. - Agensi