Bajet 2023: KPLB mohon peruntukan pendigitalan tabika Kemas

Mahdzir Khalid
Mahdzir Khalid
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Bajet 2023 ke arah pendigitalan kelas tabika Kemas.

Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, sebagai permulaan transisi pendigitalan pendidikan itu membabitkan 10 peratus daripada 11,000 tabika Kemas.

"KPLB mohon peruntukan itu bagi memulakan bilik darjah pintar untuk meningkatkan sistem pendidikan pra-sekolah bawah kementerian ini," katanya.

Beliau berkata, melalui pendigitalan tadika Kemas itu, guru berupaya mengajar menggunakan papan pintar yang boleh dirangkaikan dengan Google.

"Ia sebagai satu usaha supaya pembelajaran pra-sekolah suatu hari nanti tidak lagi menggunakan sistem lama.

"Ia perlu dilaksanakan kerana kita mahu menuju kepada suasana tidak lagi seperti hari ini. Tidak boleh lagi dengan cara lama," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia (KESATERIA) kali ke-2, di sini, pada Isnin.

Pada ucapan majlis itu, Mahadzir turut mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada KESATERIA untuk mengadakan pelbagai aktiviti kesatuan.

Artikel Berkaitan: