Pertandingan Memancing Laut Dalam DAIWA 2023

A
A
A
Sebahagian pengunjung yang menyaksikan pelepasan peserta acara Pertandingan Memancing Laut Dalam DAIWA 2023 sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 yang berlangsung di Marina Awam Perbadanan Labuan.

Labuan sekali lagi menganjurkan acara sukan laut terkenal LISC 2023 ke-25 tahun ini bagi meneruskan kembali kehangatan acara tahunan pelancongan yang secara lazimnya sentiasa menjadi penantian komuniti setempat mahupun antarabangsa.

Pertandingan Memancing Laut Dalam yang membuka tirai cabaran bermula hari ini merupakan penyertaan paling ramai buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya, iaitu lebih 200 peserta dengan 21 buah kapal yang melibatkan peserta dari luar negara seperti Perancis, Kanada, Hong Kong dan Australia.

Pelepasan acara disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi.