Penunggang motosikal langgar lampu merah parah dirempuh

Tular sebuah klip video rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan berkenaan kemalangan itu dimuat naik seorang pengguna Instagram.
Tular sebuah klip video rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan berkenaan kemalangan itu dimuat naik seorang pengguna Instagram.
A
A
A

KLANG - Seorang penunggang motosikal dipercayai melanggar lampu isyarat merah mengalami cedera parah akibat dirempuh sebuah kereta sebelum tercampak ke atas jalan raya di Jalan Batu Unjur di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hong Foong berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7.15 pagi dan pihaknya menerima laporan daripada pemandu kereta terbabit pada jam 3.47 petang, Sabtu.

"Kemalangan berlaku dimana pemandu kereta bergerak terus di Jalan Batu Unjur dari Taman Bayu Perdana menuju ke Northport.

"Setibanya di persimpangan lampu isyarat pemandu terbabit teruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.

"Secara tiba-tiba penunggang motosikal telah keluar dari arah kiri persimpangan susulan itu oleh kerana terlalu dekat pemandu berkenaan tidak sempat membrek dan melanggar mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas sebuah klip video rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan dimuat naik seorang pengguna Instagram.

Hong Fong berkata, mangsa mengalami kecederaan dalaman di bahagian paru-paru, kepala dan patah kaki.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan masih mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujar beliau.