KPPK sasar bawa sektor agrikomoditi ke tahap lebih baik

Enam produk agrikomoditi yang memperoleh manfaat secara langsung daripada pelaksanaan DAKN 2030 ialah minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf.
Enam produk agrikomoditi yang memperoleh manfaat secara langsung daripada pelaksanaan DAKN 2030 ialah minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf.
A
A
A

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) komited untuk membawa sektor agrikomoditi negara ke satu tahap yang lebih baik agar pemulihan ekonomi selepas Covid-19 terus mencatatkan prestasi cemerlang meskipun berdepan cabaran inflasi yang semakin meningkat pada masa hadapan.

Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) yang dilancarkan pada bulan Mac tahun ini akan menjadi garis panduan yang jelas bagi memaksimumkan potensi ekonomi kitaran menerusi biojisim agrikomoditi.

"Ini bagi mengukuhkan kedudukan sektor-sektor agrikomoditi dalam pemulihan ekonomi selepas Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Zuraida berkata, tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020-2021 menyaksikan situasi di luar jangkaan apabila pertumbuhan pesat keluaran agrikomoditi negara menunjukkan peningkatan keseluruhan sebanyak 64 peratus berbanding tempoh sebelum pandemik 2018-2019.

Walaupun negara berhadapan pelbagai cabaran berikutan pandemik Covid-19, nilai eksport produk agrikomoditi Malaysia kekal kukuh, malah mencatatkan pertumbuhan pesat sepanjang tempoh empat tahun daripada RM127.9 bilion pada 2018 kepada RM128.5 bilion (2019) dan meningkat kepada RM151.3 bilion (2020) serta RM209.6 bilion (2021).

Menurut Zuraida, enam produk agrikomoditi yang memperoleh manfaat secara langsung daripada pelaksanaan DAKN 2030 adalah minyak sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada dan kenaf. - Bernama

Artikel Berkaitan: