Madrasah ala militan, pemulihan atau penderaan?

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KECOH dua tiga hari ini orang bercakap isu sebuah madrasah di Selangor yang dikatakan mendera penghuninya secara ala militan.

Kes ini mula mendapat perhatian warganet apabila tular satu bebenang di Twitter menceritakan kebimbangan ahli keluarga terhadap anak yang dihantar untuk mendapatkan rawatan di madrasah ini.

Turut tular video perbincangan antara keluarga dan pihak madrasah yang kemudiannya bertukar menjadi ‘perang mulut’.

Merak Jalanan tak berhasrat mengulas lanjut bagaimana akhirnya penghuni berusia 20 tahun ini berjaya dibawa keluar, namun pendedahan selepas itu membuatkan ramai yang marah.

Dikurung di dalam bilik gelap, didera secara fizikal, diseksa mental dan menerima gangguan seksual.

Itu antara cerita anak muda terbabit yang dikatakan dihantar ke madrasah berkenaan sejak April lalu untuk menjalani rawatan kerana mengalami ‘gangguan’.

Mujurlah NGO yang menguruskan madrasah ini dalam satu kenyataan menafikan pihaknya menggalakkan aktiviti militan.

Khabarnya madrasah ini sudah 15 tahun ditubuhkan. Ilmu agama pula amat ditekankan kerana itu adalah salah satu cara madrasah ini melaksanakan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terlibat dalam masalah sosial dan penyalahgunaan dadah.Isu ajaran sesat juga tidak timbul kerana guru yang mengajar mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor.

Artikel Berkaitan:

Exco agama negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni sendiri menegaskan tidak wujud kes penderaan ala militan sebagaimana didakwa.

Apa pun Merak Jalanan doakan nama madrasah dapat dibersihkan sebersih-bersihnya andai ia sekadar tohmahan.

Namun jika sebaliknya, semoga pihak berkuasa dapat membawa pelaku ke muka pengadilan dan keadilan ditegakkan!