Nafas cadang lantik Senator wakili suara peladang

Zamri
Zamri
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mencadangkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang Senator bagi mewakili suara golongan peladang di Parlimen.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berkata, pelantikan itu wajar berikutan ahli pertubuhan itu sudah mencecah sejuta.

"Sebelum ini ada pelantikan dalam kalangan artis dan orang kurang upaya. Kami kecewa kerana kami tiada wakil walaupun ahli ramai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan Kali Ke-47/2022 di sini pada Ahad.

Sementara itu, Zamri menyambut baik persetujuan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menangguhkan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang.

Mesyuarat di semua peringkat itu sepatutnya pada tahun 2023 tetapi ditangguhkan ke tahun 2024.

"Kita berterima kasih kepada menteri itu di atas persetujuan berkenaan tempoh pemegangan jawatan Ahli Jemaah Pengarah akan dipinda daripada dua tahun kepada tiga tahun," katanya.

Beliau memberitahu, banyak perkara sedang dirancang Jemaah Pengarah untuk membangunkan peladang di negara ini.

"Tempoh masa yang lebih panjang diberikan membolehkan Jemaah Pengarah melaksanakan fungsi dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih berkesan," katanya.

Artikel Berkaitan: