Suami isteri maut kereta dinaiki langgar belakang lori

Kemalangan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, yang mengorbankan pasangan suami isteri pada Ahad.
Kemalangan di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, yang mengorbankan pasangan suami isteri pada Ahad.
A
A
A

AMPANG - Polis mengesahkan seorang lelaki warga India dan wanita tempatan yang merupakan pasangan suami isteri maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di Jalan Wawasan, Bandar Baru Ampang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan itu pada 2.50 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dengan sebuah lori kontena.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian apabila wanita terbabit yang memandu gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Saksi bebas yang menyaksikan kejadian itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093," katanya.

Artikel Berkaitan: