1,924 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 2,070 kes baharu Covid-19 pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 1,924 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 25,278.

Portal CovidNow menunjukkan sebanyak 24,136 atau 95.5 peratus daripada kes pesakit Covid-19 yang masih aktif merupakan individu dikuarantin di rumah manakala dua pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,089 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 51 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Sabtu ialah 2,360 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,768,588.

Pada masa yang sama, negara ini turut merekodkan tiga kematian baharu akibat wabak tersebut pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, satu kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Artikel Berkaitan: