Polis buru peragut di Setapak Jaya

Polis sedang mengesan suspek kes ragut di Setapak Jaya pada Selasa lalu.
Polis sedang mengesan suspek kes ragut di Setapak Jaya pada Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes ragut di Setapak Jaya di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan.

"Tiba-tiba suspek yang datang dari arah hadapan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC warna biru hitam terus meragut rantai leher mangsa dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ashari berkata, siasatan awal mendapati suspek memakai topi keledar warna merah dan kemeja T lengan panjang berwarna gelap.

"Kita telah menerima laporan daripada mangsa, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

"Polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: