Planet Marikh jadi tempat pembuangan sampah

Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa lepas sejak 50 tahun lalu. - Foto NASA/JPL-Caltech/ASU
Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa lepas sejak 50 tahun lalu. - Foto NASA/JPL-Caltech/ASU
A
A
A

WASHINGHTON - Planet Marikh menjadi tempat pembuangan sampah peralatan dan kapal angkasa manusia dalam tempoh 50 tahun lalu.

Ia menjadi tempat pembuangan sampah itu walaupun tiada manusia yang berjaya tiba di planet tersebut sehingga kini.

Setakat ini, manusia telah meninggalkan lebih 6,000 kilogram (kg) sampah di Marikh.

Seorang felo penyelidik pasca doktoral dalam bidang robotik di West Virginia University, Cagri Kilic menganalisis jisim semua kenderaan penjelajah dan orbiter yang dihantar ke Marikh dan mendapati terdapat tinggalan sampah buatan manusia seberat hampir lebih 6,000kg.

Sampah itu termasuk peralatan yang dibuang ke planet tersebut dan kapal angkasa yang tidak aktif setelah ia terhempas di permukaan planet.

Ia juga melibatkan kapal angkasa tanpa juruterbang milik Kesatuan Soviet yang kini dibubarkan dan dikenali Rusia.

Kapal angkasa itu melakukan pendaratan sebelum terhempas pada tahun 1971.

Antara kenderaan penjelajah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang berada di Marikh ialah Opportunity yang aktif dari tahun 2004 hingga pertengahan 2018.

Artikel Berkaitan:

NASA ialah agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS). - Agensi