GSAS sasar RM600,000 biaya kes mahkamah Jamal

Faizal (depan, dua dari kiri) memasukkan sejumlah wang sebagai simbolik pelancaran tabung itu di sebuah resort di Sekinchan pada Sabtu.
Faizal (depan, dua dari kiri) memasukkan sejumlah wang sebagai simbolik pelancaran tabung itu di sebuah resort di Sekinchan pada Sabtu.
A
A
A

SEKINCHAN - Gabungan Solidariti Anak Selangor (GSAS) menyasarkan kutipan kira-kira RM600,000 bagi membiayai kes mahkamah melibatkan Ketua Komunikasi BN Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Pengerusinya, Faizal Zakaria berkata, tabung solidariti itu sudah mencecah kutipan sebanyak RM200,000 setakat ini.

Jelas beliau, sasaran kutipan itu diyakini mampu dicapai pihaknya dalam tempoh sebulan selain berharap proses itu berjalan lancar.

"Solidariti ini penting bagi memberi isyarat jelas bahawa setiap perjuangan memerlukan sokongan, kesepakatan dan perpaduan semua pihak," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran tabung itu di sebuah resort di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Faizal memberitahu, banyak pihak dijangka tampil membantu kerana perjuangan dan sumbangan besar Jamal dalam membongkar penyelewengan, membela hak rakyat dan memastikan ketelusan dalam tadbir urus kerajaan terutama di Selangor.

Sementara itu, Jamal berkata, kutipan sumbangan itu tidak digunakan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi bertujuan memperjuangkan hak rakyat.

"Isu diperjuangkan saya sebelum ini bukannya bersifat peribadi namun melibatkan kepentingan orang awam.

"Saya amat menghargai usaha seumpama ini dan akan meneruskan perjuangan demi rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kempen oleh GSAS itu termasuk kes tuntutan saman Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan pengurusan dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Selain itu, ia melibatkan tuntutan saman Pengerusi Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah kerana menentang dan menyekat propaganda himpunan haram berkenaan sebelum ini.