Taufan Talas: GP Jepun tetap diteruskan

Marquez bakal bermula pada petak keenam pada GP Jepun sekiranya perlumbaan diteruskan. - Foto EPA
Marquez bakal bermula pada petak keenam pada GP Jepun sekiranya perlumbaan diteruskan. - Foto EPA
A
A
A

RATA-rata pelumba bagi Grand Prix (GP) Jepun yang dijadualkan berlangsung di Litar Motegi pada Ahad, bertegas mahu perlumbaan berkenaan diteruskan mengikut jadual biarpun amaran mengenai cuaca buruk, termasuk ancaman ribut taufan Talas, yang diramalkan bakal melanda wilayah berkenaan.

Menurut kenyataan Motorsport.com, perbincangan awal sudah dibuat bersama pihak Litar Motegi berhubung perkara berkenaan.

Namun difahamkan perlumbaan itu akan diteruskan dengan sesi kelayakan satu akan bermula pada jam 3.05 petang (waktu tempatan) dan sesi kelayakan dua dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, sekiranya keadaan menjadi semakin buruk, besar kemungkinan saingan GP berkenaan terpaksa dibatalkan.

Setakat ini kita difahamkan taufan ini sudah bergerak melalui wilayah Kanto pada Sabtu dan diramalkan ia akan ‘melalui’ litar ini.

“Jika keadaan menjadi terlalu buruk, kita akan tangguhkan sesi kelayakan berkenaan hingga ke pagi Ahad, sejurus sebelum perlumbaan sebenar,” menurut kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, perbincangan turut diadakan bersama pihak penganjur kejuaraan dunia berhubung penangguhan berkenaan.

Sementara itu, kenyataan itu mengesahkan berdasarkan sesi latihan bebas pada Jumaat menyaksikan pelumba Ducati, Jack Miller akan bermula pada petak hadapan manakala rakan sepasukan, Francesco Bagnaia, Fabio Quartararo (Yamaha) dan Aleix Espargaro (Aprilia) bermula dari petak kedua, keiga dan keempat menakala Marc Marquez (Honda) pada petak keenam.

“Sekiranya kita tidak dapat meneruskan aksi kelayakan, kedudukan pada sesi latihan bebas ini akan digunakan bagi memulakan perlumbaan sebenar pada Ahad,” katanya.

Artikel Berkaitan: