Teruskan hubungan bersama UMNO bukan sebab Bersatu lemah

Tuan Ibrahim ketika berucap pada Pra Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Kompleks Sukan Terengganu, di Kuala Nerus pada malam Khamis.
Tuan Ibrahim ketika berucap pada Pra Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Kompleks Sukan Terengganu, di Kuala Nerus pada malam Khamis.
A
A
A

KUALA NERUS - Pas menafikan dakwaan bahawa kesungguhan parti itu mempertahankan hubungan bersama UMNO disebabkan pengaruh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin lemah.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap parti politik mempunyai kekuatan tersendiri.

Menurutnya, dalam konsep hubungan muafakat politik bersama Bersatu, kekuatan yang dimiliki parti itu dimanfaatkan bersama rakan gabungan.

"Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor dan Melaka menyaksikan pengaruh Bersatu semakin kuat malah tinjauan yang kita jalankan mendapati mereka memiliki sokongan.

"Saya fikir Bersatu ada pengaruh walaupun cawangan jentera mereka tidak sekuat Pas yang telah lama, namun realitinya kira-kira 43 peratus pengundi atas pagar serta pengundi-pengundi baharu dilihat mempunyai kecenderungan terhadap rakan kita daripada Bersatu, " katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pra Himpunan Teguh Pertahan di Dataran Kompleks Sukan Terengganu, di sini, malam Khamis.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyangkal ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa Bersatu hanya menumpang kekuatan jentera Pas untuk berdepan pilihan raya nanti.

"Kita bersama. Bila kita dalam muafakat politik tidak timbul siapa jentera mana, kita bersama-sama ke arah kemenangan bersama.

"Tidak timbul soal tumpang-menumpang kerana bagi kita setiap parti ada kelebihan dan kekurangan yang kita melengkapi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, penganalisis politik berpendapat tindakan Pas yang dilihat mahu 'merujuk semula' dengan UMNO namun dalam masa yang sama tetapi ingin bersama Perikatan Nasional (PN) kerana menyedari kekuatan Bersatu semakin lemah.