Kisah graduan baharu yang terlebih manja...

Gambar hiasan - Foto123RF
Gambar hiasan - Foto123RF
A
A
A

BARU-baru ini Merak Jalanan melawat seorang rakan lama di pejabatnya. Boleh dikatakan dia sangat berjaya dalam dunia perniagaan yang diceburinya.

Banyak perkara kami bualkan termasuklah kisahnya terpaksa berdepan sikap dan perangai fresh graduate ‘manja’ yang diambil bekerja tetapi tak sampai seminggu cabut lari. Kerja sekejap-sekejap, tak tahan terus resign.

Niat baiknya nak beri peluang kepada golongan graduan muda menimba pengalaman bekerja nampaknya 'tak dihargai', sebaliknya dia pula yang pening kepala mencari pengganti baharu.

Katanya, bukan manja biasa-biasa tetapi sejenis manja tak boleh buat kerja ‘mencabar’. Bila diberikan task, mulalah tak senang duduk dan akhirnya buat keputusan berhenti kerja.

Berhenti kerja pun dengan cara tak berhemah, hilang tanpa khabar berita begitu sahaja tanpa apa-apa notis.

Rakan Merak Jalanan geram kerana semasa minta kerja, bukan main lagi menuturkan ayat-ayat manis, senyum pun manis dan semuanya manis belaka.

Bila tanya, jawapan ‘semua boleh’ tapi bila dah dapat kerja, suruh buat kerja sikit pun dah tak tahan. Demand gaji nak tinggi tetapi pembawaan diri tak pandai, disiplin pun entah terbang ke mana. Tak profesional langsung!

Merak Jalanan bukanlah nak pukul rata semua fresh graduate bersikap ‘manja’. Ada memang bersungguh-sungguh dan serius tetapi sikap segelintir yang buat onar inilah yang mungkin menyebabkan ada majikan lebih suka ambil pekerja berpengalaman, daripada ambil graduan yang baru keluar universiti.

Artikel Berkaitan:

Tapi kalau tak diberi peluang bekerja, macam mana nak dapat pengalaman? Jadi, Merak Jalanan harap kepada graduan yang baru masuk alam pekerjaan, fokuslah dengan satu-satu kerja itu selagi tiada masalah serius.

Kerjalah sehabis baik. Bersyukurlah sebab ada orang lain yang masih mencari-cari lagi kerja. Yang kerja dah lama pun boleh hilang kerja sekelip mata dalam zaman serba mencabar ketika ini.