McGregor sambut dingin cabaran Mayweather

McGregor (kanan) tidak berminat untuk bertarung dengan Mayweather sejak kali terakhir bertembung pada 2017. - Foto Agensi
McGregor (kanan) tidak berminat untuk bertarung dengan Mayweather sejak kali terakhir bertembung pada 2017. - Foto Agensi
A
A
A

PETINJU sensasi, Conor McGregor tiada hasrat untuk mengulangi pertarungan dengan Floyd Mayweather selepas kali terakhir beradu tenaga lima tahun lalu.

Mayweather yang merupakan jaguh Amerika Syarikat (AS) mahu ia diadakan tahun depan, namun mendapat sambutan dingin daripada petinju Ireland itu.

McGregor dalam media sosialnya memuat naik imej dengan perkataan; “#tidak berminat.”

Mayweather menewaskan McGregor pada pusingan ke-10 dalam pertarungan terakhir karier profesionalnya pada Ogos 2017.

Dia yang berusia 45 tahun beraksi dalam tiga pertarungan pertunjukan sejak itu dan akan menentang Mikuru Asakura hujung minggu ini.

Mayweather mendedahkan rundingan lanjut mengenai pertarungan semula dengan McGregor pada 2023 telah diadakan pada Rabu.

Bagaimanapun ia masih dalam proses untuk menentukan sama ada ia pertunjukan atau pertarungan sebenar.

Artikel Berkaitan: