Peraduan #MasakNyanyiCapRambutan di platform TikTok bermula Oktober

A
A
A

Kuan Chor menunjukkan beras sihat Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 rendah GI. Beras Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 untuk keperluan pengguna yang mementingkan kesihatan.
Kuan Chor menunjukkan beras sihat Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 rendah GI. Beras Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 untuk keperluan pengguna yang mementingkan kesihatan.



IPOH - Cap Rambutan di bawah syarikat OEL Realty Holdings Sdn Bhd, menjalinkan kolaborasi bersama akhbar Sinar Harian menerusi Peraduan #MasakNyanyiCapRambutan yang akan bermula pada Oktober depan.

Pengarah Urusan Kumpulan OEL, Mr Heng Kuan Chor berkata, pihaknya terdorong menganjurkan peraduan ini untuk berkongsi pandangan melalui Sinar Harian dalam mengenal pasti profil pengguna.

“Melalui kerjasama ini juga kami harap dapat membangunkan produk dan strategi pemasaran yang disasarkan selain berharap lebih banyak peluang akan diciptakan bersama Sinar Harian,” katanya.

Menurut Kuan Chor, pihaknya juga yakin Sinar Harian yang masih mengekalkan surat akhbar secara tradisional dan pelayar di platform digital dengan trafik yang tinggi mampu mempengaruhi lebih ramai pengguna supaya falsafah Cap Rambutan dapat disampaikan dengan berkesan.

Sementara itu katanya, platform TikTok menjadi pilihan bagi mengetengahkan konsep peraduan #MasakNyanyiCapRambutan kerana kecenderungan generasi muda yang lebih aktif di media sosial.

“Gaya hidup dan evolusi demografi pengguna beras Cap Rambutan sentiasa berubah dengan kemajuan pesat dalam teknologi sekali gus memberi kesan kepada tabiat dan nilai pengguna.

No Image Caption



“Kami mahu memperkenalkan Cap Rambutan kepada generasi muda dan yakin TikTok boleh digunakan sebagai salah satu platform penting untuk berkomunikasi dan menyampaikan semangat jenama kami kepada mereka melalui cara yang berbeza dengan apa yang kami pernah lakukan sebelum ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:


Katanya, peraduan melalui TikTok ini juga diharap dapat menyebarkan secara meluas lagu Cap Rambutan yang pastinya menjadi kenangan pada masa kecil rakyat Malaysia.

“Kami juga yakin kebanyakan pengguna kami pandai memasak dan kreatif, ini peluang yang sangat baik untuk mereka mencabar diri dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain,” katanya.

Bercakap tentang perkembangan produk Cap Rambutan, menurut Kuan Chor mereka sentiasa mementingkan kualiti untuk mengekalkan jenama.

Seiring dengan kemajuan zaman, pihaknya fokus memperkenalkan dua jenis beras sihat Cap Rambutan Pusa King Basmathi 1121 iaitu basmathi stim dan basmathi parboiled yang rendah glisemik indeks (GI).

“Cap Rambutan sentiasa peka dengan keperluan berbeza pengguna dengan menghasilkan produk yang bermutu lebih tinggi dan tentunya berbeza dari segi nilai harga berbanding yang ditawarkan di pasaran,” katanya.