Penuntut antarabangsa ditahan miliki bahan pornografi kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan seorang penuntut antarabangsa kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Seremban, Negeri Sembilan, Isnin lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

"Hasil pemeriksaan dilakukan menemui sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek.

"Siasatan mendapati suspek menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual atau 'sextortion'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noorsiah berkata, suspek menyasarkann kanak-kanak dari luar negara untuk diajadikan mangsa.

Katanya, kejayaan tangkapan berkenaan hasil kerjasama erat Bukit Aman bersama pihak berkuasa FBI.

Beliau berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Jika sabit kesalahan Seksyen 5 boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sebatan serta penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih RM10,000 untuk Seksyen 10," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: