Asensio akui pertimbang tawaran Barcelona

Asensio - Foto Livescore.com
Asensio - Foto Livescore.com
A
A
A

PENYERANG Real Madrid, Marco Asensio mengakui sedang mempertimbangkan tawaran daripada Barcelona yang mahu menandatanganinya pada musim panas akan datang.

Menurut penyerang berusia 26 tahun itu, dia perlu memikirkan perkara berkenaan dengan lebih lanjut sebelum menyatakan sebarang keputusan kelak.

“Sebenarnya saya masih belum memikirkan mengenainya (tawaran) lagi dan hanya memberikan fokus kepada perlawanan sedia ada.

“Lagi pun, khabar-khabar angin mengenai perkara seperti ini seringkali diperkatakan.

“Apa pun secara keseluruhannya, saya hanya boleh mengesahkan mengenai perkara ini setelah kontrak saya tamat pada 2023 kelak,” katanya.

Untuk rekod, Barcelona mahu membawa Asensio ke Nou Camp bagi memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan berkenaan.

Sementara itu, Asensio berkata, dia tidak dapat memberikan apa-apa kenyataan berhubung perkara berkenaan.

“Setakat ini, saya telah menerima 200 mesej berhubung perpindahan saya ke Barcelona, namun saya masih belum memberikan sebarang jawapan.

Artikel Berkaitan:

“Namun, setelah perkara ini disahkan saya akan membuat kenyataan akhbar,” katanya.