Pelajar maut kemalangan babit empat kenderaan

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Pokok Mangga di Melaka, pada malam Isnin.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Pokok Mangga di Melaka, pada malam Isnin.
A
A
A

MELAKA - Hasrat dua pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di negeri ini untuk menonton wayang bersama tidak kesampaian, selepas salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Pokok Mangga di sini, pada malam Isnin.

Kemalangan jam 9.16 malam itu mengakibatkan mangsa yang menunggang motosikal Modenas Dinamik, Muhammad Ammar Syahmi Rosli, 16, dari Kelamak, Alor Gajah meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di badan dan kepala manakala pemboncengnya yang juga rakan mangsa, Muhammad Aidiel Zaidi, 16, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Malim menghala ke Dataran Pahlawan tidak dapat mengelak apabila sebuah kereta dari arah Klebang yang dipandu warga emas 67 tahun secara tiba-tiba memasuki simpang Taman Sri Pandan.

Mangsa mengalami cedera parah di badan dan kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa mengalami cedera parah di badan dan kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu kereta Mercedes Benz yang dipandu warga emas terbabit turut melanggar dua lagi kenderaan lain iaitu kereta jenis Honda Accord dan Proton Aeroback.

"Bagaimanapun ketiga-tiga pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.