Pertemuan bersemuka Mastaf, PSM belum jadi kenyataan

Suhaili
Suhaili
A
A
A

HASRAT untuk melihat dua entiti arena sepak takraw, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (Mastaf) duduk semeja minggu lalu, bagi mengakhiri kemelut berpanjangan sebelum ini masih belum berjaya direalisasikan.

Malah menurut Presiden Mastaf, Datuk Suhaili Abdul Rahman, usaha ke arah mencari titik persamaan itu masih belum tercapai setelah ketiadaan wakil daripada PSM yang hadir pada sesi perjumpaan dijadualkan pada Khamis lalu.

"Pada mesyuarat itu, Mastaf diwakili oleh timbalan presiden yang juga setiausaha agung.

"Sebenarnya mesyuarat itu terpaksa dibatalkan setelah pihak PSM tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini.

"Saya diberitahu bahawa PSM membatalkannya pada saat akhir kerana sibuk," kata Suhaili dalam sidang media pada Isnin.

Pada 13 September lalu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan PSM dan Mastaf akan bersemuka bagi mencari jalan penyelesaian menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua entiti itu sejak sekian lama.

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, wakil daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) memaklumkan kepada pihaknya mengenai ketetapan untuk kedua-dua belah pihak bermesyuarat pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan: