Bot karam: Mayat nelayan ditemukan tersangkut pada jaring

Anggota maritim dibantu polis mengangkat mayat seorang nelayan ditemukan tersangkut pada jaring dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat, Batu Pahat, pada Isnin.
Anggota maritim dibantu polis mengangkat mayat seorang nelayan ditemukan tersangkut pada jaring dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat, Batu Pahat, pada Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang daripada dua nelayan tempatan hilang selepas bot dinaiki karam ketika keluar menangkap ikan di perairan Parit Hailam di sini pada Rabu, ditemukan lemas pada Isnin.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, mayat Te Chia Rong, 38, ditemui tersangkut pada jaring pukat pada jam 11.45 pagi.

"Mayat berkenaan ditemuui pasukan penyelam agensi swasta dilantik keluarga mangsa. Mayat dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Sehingga kini kerja-kerja menyelam sedang giat dijalankan untuk mengesan seorang lagi mangsa, Chia Hock Neng, 60, yang masih hilang.

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan boleh menghubungi talian hotline, Pusat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian bantuan kecemasan, MERS 999," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada petang Rabu, dua nelayan hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot dinaiki karam akibat cuaca buruk pada kedudukan 9.6 batu nautika barat daya Parit Hailam.

Artikel Berkaitan: