Grand senQ kini dibuka di Cheras LeisureMall

President Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, KC Lim (lapan dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, KH Lim (tujuh dari kanan) bersama wakil beberapa jenama pada Majlis Pelancaran Grand senQ Cheras LeisureMall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
President Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, KC Lim (lapan dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, KH Lim (tujuh dari kanan) bersama wakil beberapa jenama pada Majlis Pelancaran Grand senQ Cheras LeisureMall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
A
A
A

SENQ Digital Station (senQ) telah membuka cawangan Grand senQ baharu di Cheras LeisureMall, Kuala Lumpur bagi memenuhi kehendak dan keselesaan pelanggannya.

SenQ dalam satu kenyataan berkata, sebelum ini Grand senQ berkenaan merupakan cawangan senQ yang ditambahbaik yang telah lama beroperasi di kompleks membeli-belah itu.

Sempena pelancarannya, senQ telah menyediakan pelbagai promosi dan tawaran hebat, antaranya pelanggan berpeluang menikmati 50 peratus pulangan S-Coin, diskaun sehingga 30 peratus, pemberian e-baucar RM50 untuk pembelian seterusnya serta harga istimewa RM20 untuk perkakas elektrik kecil.

“Pelanggan juga berpeluang untuk mendapatkan kopi percuma sepanjang pembukaan rasmi ini.

“Ahli PlusOne juga boleh mendapat ganjaran seperti biasa manakala pelanggan baharu kami digalakkan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PlusOne untuk pengalaman membeli-belah yang lebih baik bersama kami,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Grand senQ berkenaan merupakan satu-satunya Grand senQ yang memiliki dua tingkat dengan jumlah keluasan sehingga 23,679.4 kaki persegi.

“SenQ merupakan jenama terbesar dalam jualan peralatan elektrik rumah, perkakas dapur dan gajet elektronik di Malaysia. Bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan, senQ sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan cita rasa pengguna,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Grand senQ mengutamakan integrasi rekaan moden dan konsep kedai dalam kedai dengan suasana membeli-belah yang premium sebagai strategi untuk menarik hati pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Kami juga berterima kasih kepada beberapa jenama yang sentiasa memberi sokongan mereka untuk menjayakan pembukaan Grand senQ ini,” kata kenyataan itu.